
zOOm @ BIK 2010
Menurut Alfifa binti Yusof, Sains Kaji Hayat 2, teater “Cintaku Bersujud lagi” adalah persembahan yang menarik dan mendekati penonton.
Menurut Bismi, borang kaji selidik akan dilakukan terhadap 11 aktiviti yang dijalankan pada Bulan Islam dan Kelestarian bagi menentukan maklum balas dan kelemahan.
Menurut Bismi lagi, program Bulan Islam dan Kelestarian pertama kali dianjurkan oleh PMI dan sebelum ini dijalankan dalam mingguan sahaja dan harap akan diteruskan sebagai aktiviti tahunan.
Menurut Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Tuan Haji Nasirun Mohd. Salleh, program PMI tidak boleh berpisah dengan Pusat Islam dan sebanyak 25% peruntukan Pusat Islam diberi kepada PMI.
Oleh: Muhammad Hamdi bin Ismail.
Ramai yang beranggapan bahawa Islam tidak bertoleransi dengan adanya kepelbagaian agama dalam sesebuah negara. Ditambah pula dengan situasi di negara kita di mana timbul pelbagai isu yang mewujudkan ketegangan antara agama dan sikap segelintir penganut agama yang menjustifikasikan sesuatu secara emosi menyebabkan berlakunya pergaduhan dan serangan di rumah ibadat agama terbabit.
Islam menerima kepelbagaian agama yang wujud dalam dunia ini dan memberi hak kepada individu untuk memilih jalan yang difikirkannya benar. Agama bukanlah sesuatu yang memaksa seseorang membuat pilihan bertentangan dengan kehendaknya.
Dalam Surah Al –Baqarah ayat 256 , Allah berfirman :
“Tidak ada paksaan dalam agama ”
Islam juga telah menetapkan cara-cara untuk umatnya berinteraksi dengan penganut agama lain. Seperti dalam Surah Al- Isra’ ayat 125, Allah berfirman :
“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik ”
Dalam menyelesaikan permasalahan antara agama yang wujud dewasa ini, perlunya dianjurkan dialog antara tokoh- tokoh daripada setiap agama. Masalah akan dapat diselesaikan apabila pemimpin agama duduk berbincang dan saling memahami agar wujud perdamaian antara satu sama lain. Hal ini juga merupakan satu metod dakwah yang berkesan kepada yang bukan muslim. Sukar untuk bukan Islam mendengar ceramah atau kuliah mingguan di masjid. Tetapi, apabila dialog antara agama dihadiri oleh penceramah daripada pelbagai latar bangsa dan agama, maka bukan Islam lebih bersifat terbuka untuk menghadirinya dan ini merupakan satu peluang untuk kita menyampaikan mesej Islam kepada mereka.
Dialog antara agama bukanlah satu medan untuk membahaskan siapa yang betul dan siapa yang salah. Bukan juga membincangkan agama siapa yang benar dan agama siapa yang korup.Ketika Allah SWT menurunkan ayat al-Quran yang memerintahkan manusia agar saling kenal mengenal perbezaan yang berlaku di antara manusia bukan sahaja meliputi perbezaan kaum, malah agama dan kepercayaan. Fenomena berbilang agama adalah seiring dengan perkembangan manusia yang berbilang bangsa itu semenjak sekian lama. Kita tidak dapat mengelak daripada berinteraksi dengan bangsa atau penganut agama lain. Kita harus menerima fakta bahawa ada pelbagai agama wujud di dunia ini dan terdapat banyak perbezaan antara satu sama lain dan kita mesti mencari jalan bagaimana untuk terus hidup secara kebersamaan dengan masyarakat berbilang bangsa dan agama.
Dialog antara agama, tidak bermaksud menyamaratakan semua agama dalam konteks ini. Mana mungkin penyamarataan dibuat sedangkan sesiapa sahaja tahu bahawa asas agama malah sejarahnya begitu berbeza. Terdapat perbezaan yang jelas antara konsep akidah Islam dengan agama lain. Tidak mungkin semua agama itu sama.
Surah Al Hujurat ayat 11, Allah berfirman
“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti”
Maka manusia dituntut agar belajar untuk menjadikan perbezaan itu sebagai medan kenal mengenal dan bukannya gelanggang krisis dan perbalahan. Untuk seorang manusia berkenalan dan seterusnya bekerjasama antara satu sama lain, mereka memerlukan beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama untuk menghasilkan persefahaman. Maka di sinilah, dialog antara agama mengambil tempat. Senario ini juga bertujuan untuk menerokai beberapa persamaan yang ada di antara agama dan persamaan itu banyak ditemui di peringkat etika dan nilai dalam berinteraksi dengan masyarakat. Kita tidak sedar bahawa sebenarnya, banyak persamaan yang wujud antara manusia berbilang agama cumanya kadang-kadang manusia bersikap tertutup dalam membincangkan hal agama dan menganggap ianya isu sensitif dan akan menyinggung perasaan orang lain. Akibatnya, kita saling tidak mengenali dan sering berasa curiga antara satu sama lain.
Kesimpulannya, kita sebagai penganut agama Islam, kita yakin Islam itu agama yang benar, sampaikanlah Islam kepada mereka yang masih belum menerima hidayah Allah. Untuk menyampaikan dakwah kepada mereka, salah satu caranya ialah berdialog. Namun, untuk berdialog memerlukan ilmu. Pelajarilah ilmu-ilmu berdakwah dari orang yang tahu. Janganlah kita masih bersenang-lenang dan berada dalam ‘zon selesa’ kerana situasi sekarang bukanlah mudah. Agama lain bersungguh-sungguh dalam menyampaikan agama mereka walaupun jelas kebathilan yang disampaikan. Namun, kita yang berada di pihak yang benar masih takut-takut menyampaikan keindahan Islam kepada yang bukan Islam dengan alasan takut menyinggung perasaan mereka.
Dalam Surah Al-Imran ayat 110, Allah berfirman :
Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh (berbuat ) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.