zOOm @ BIK 2010



Persembahan wayang kulit yang bertajuk “Kedatangan Islam ke Nusantara” dan teater “Cintaku Bersujud Lagi” yang dilangsungkan pada majlis perasmian penutup Bulan Islam dan Kelestarian baru-baru ini bertujuan menyampaikan ajaran Islam dengan cara kesenian dan kebudayaan.
Menurut Pengarah Bulan Islam dan Kelestarian Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) USM, Bismi Rahman Ismail, PMI ingin menghantar mesej Islam dengan cara kesenian dan kebudayaan yang lebih menyeronokkan dan mudah diterima oleh pelajar.
“Bagi memudahkan pelajar memahami ajaran Islam yang ingin disampaikan, Bulan Islam dan Kelestarian 2010 mempelbagaikan acara yang dilangsungkan bagi menarik minat pelajar yang mempunyai kecenderungan yang bermacam.
“Seperti teater dan wayang kulit yang lebih kepada hiburan, ia boleh menarik minat sebahagian warga kampus yang lebih berminat kepada persembahan seni. Terdapat aktiviti lain seperti pameran kelestarian, zero waste , malam intelek dan pertandingan futsal yang sesuai bagi mahasiswa yang mempunyai kecenderungan dalam bidang tersebut, ” katanya.
Menurut Salwa Intan Munirah, Ilmu Kemanusiaan 3, wayang kulit yang bertajuk “Kedatangan Islam ke Nusantara” yang dipersembahkan oleh pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni amat menarik, ia bukan semata-mata hiburan malah dapat mengingatkan penonton mengenai sejarah kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
“Ceritanya bermula dengan tiga budak yang berbangsa Melayu, Cina dan India yang bertanya tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Loghat yang digunakan dapat menunjuk kan keunikan bahasa bangsa Malaysia,” katanya.
Menurut Alfifa binti Yusof, Sains Kaji Hayat 2, teater “Cintaku Bersujud lagi” adalah persembahan yang menarik dan mendekati penonton.
“Ini adalah kali pertama saya menyaksikan teater, ia amat kreatif dan mesej yang hendak disampaikan telah berjaya disampaikan kepada semua. Cerita amat mendekati penonton dan dapat menyampaikan dakwah.
“Teater tersebut dapat menghantar motif kepada mahasiswa supaya berfikir dan insaf terhadap kehidupan yang dipilih. Ia juga menghantar mesej bahawa terdapat hukuman terhadap sesiapa yang melanggar batasan pergaulan, yang mementingkan diri sendiri, berzina dan tidak menerima nasihat,”katanya.
Dalam ucapan di majlis penutup program Bulan Islam dan Kelestarian, Pengarah program, Bismi Rahman Ismail, berharap program yang berlangsung selama 3 minggu ini akan memberi impak kepada mahasiswa supaya mereka dapat mempunyai kesedaran terhadap Kelestarian Islam yang selama ini sudah wujud dalam ajaran Islam.
Menurut Bismi, borang kaji selidik akan dilakukan terhadap 11 aktiviti yang dijalankan pada Bulan Islam dan Kelestarian bagi menentukan maklum balas dan kelemahan.
“Untuk mengetahui maklum balas mahasiswa terhadap program Bulan Islam dan Kelestarian, borang soal selidik akan dijalankan bagi menentukan kelemahan yang perlu diperbaiki supaya program seterusnya akan lebih baik,” katanya.
Menurut Bismi lagi, program Bulan Islam dan
Kelestarian pertama kali dianjurkan oleh PMI dan sebelum ini dijalankan dalam mingguan sahaja dan harap akan diteruskan sebagai aktiviti tahunan.
“Saya berharap program yang bermakna ini dapat diteruskan dan dijadikan sebagai aktiviti tahunan supaya lebih banyak mahasiswa dapat manfaat daripada ajaran dan konsep kelestarian yang diutamakan dalam program ini,” katanya.
Menurut Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Tuan Haji Nasirun Mohd. Salleh, program PMI tidak boleh berpisah dengan Pusat Islam dan sebanyak 25% peruntukan Pusat Islam diberi kepada PMI.
“Tujuan kita memberi peruntukan sebanyak 25% adalah untuk membantu dan mencungkil bakat mahasiswa bagi kebaikan masa depan masyarakat dan kelestarian daripada Islam akan kekal selama-lamanya,” katanya.
Selain itu, konsert kelestarian yang merupakan sebahagian daripada program Bulan Islam dan Kelestarian akan ditunda pada Julai selepas Dewan Tunku Syed Putra (DTSP) USM siap menjalani pembaharuan. Tajuk konsert adalah “Lestari Seni bersama Amy Search dan Rabbani” dan tarikh masih belum ditentukan lagi.
Sumber:

0 comments:

Post a Comment

PMiUSM kini merealisasikan BIK 2010

Zer0 WasTe

Tentang BIK

My photo
USM, Penang, Malaysia
Bulan Islam & Kelestarian (BIK)merupakan projek Major PMiUSM bagi sidang akademik 2009/10. BIK juga merupakan antara tujuh projek yang menang bagi pertandingan Projek Lestari Siswa kategori A (dalam kampus) bagi sidang 2009/10. Antara enam Projek Lestari Siswa yang lain ialah Greenlung, Culinary Garden, Cendawan Tiram, Cambodia, Kuala Gula dan Projek Anak Yatim. Program BIK bermula pada 28hb Februari hingga 20 Mac 2010 yang bertemakan Kesempurnaan Islam Mewarnai Kehidupan. Antara Program2 BIK: 28hb Feb: Openday(Route Explore & Prasmian BIK) 1-5hbMac: Pameran Islam & Kelestarian serta Jualan 6hb Mac: Smart Solat, DKG31 11hb Mac: Interfaith Dialogue, DK SK4 13hb Mac: Konsert Inspirasi Lestari Seni bersama "Amy Search & Rabbani" Padang Minden, USM 20hb Mac 8.30pg- 5.30ptg: Konvensyen BIK'10, Dewan Budaya, USM 20hb Mac 8.30mlm: Majlis Penutup BIK'10 (Teater Kelestarian & Wayang kulit) Dewan Budaya, USM 28hb Feb -20hb Mac: Kempen Zero Waste

Calender

Demi Masa

BIK Final Programme Countdown

Program UTAMA BIK 2010

Followers

Chat_BIK


ShoutMix chat widget

FEEDJIT Live Traffic Feed