zOOm @ BIK 2010


Assalamu’alaikum w.b.t
Terlebih dahulu, seinfiniti rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana buku ini dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Di kesempatan ini saya ucapkan terima kasih kepada pihak editor buku “Perjalanan 40 tahun PMIUSM” kerana berjaya menerbitkan buku ini. Saya percaya masih banyak lagi perkara-perkara atau fakta-fakta penting yang tidak dapat dimuatkan di sini kerana faktor kekangan masa selain penggerak yang terhad.
Sebagai persatuan yang didaftarkan sebagai persatuan keagamaan yang membawa wadah Islam di bumi USM, tidak dapat tidak kita perlu bergerak seiring dengan masa dan arus perubahan universiti itu sendiri, apatah lagi kita sebagai mahasiswa tidak terkecuali untuk menggalas amanah kearah menzahirkan USM melalui Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (Apex) sejak 3 September 2008 yang lalu.
USM Kini dengan wawasan barunya dalam usaha mentransformasikan pendidikan tinggi untuk kelestarian hari esok, berdasarkan kepada strategi ‘blue ocean’ yang mencadangkan agar melakukan apa yang tidak dibuat oleh orang lain, PMIUSM berusaha untuk berfikir di luar kotak ke arah merealisasikan matlamat PMIUSM yang ada, berteraskan ekabudaya tersendiri ke arah melahirkan ahli-ahli PMIUSM, pimpinan PMIUSM dan program-program yang dijalankan sesuai dengan keadaan semasa.
Menoleh ke belakang sejenak, wujud begitu banyak usaha yang sudah dibuat ke arah ini. Namun kita perlu sedar, apakah pendekatan dakwah yang kita guna selama ini diterima oleh masyarakat? Usah hanya berbangga dengan sejarah PMIUSM yang telah dilakar oleh generasi-generasi terdahulu, kitalah mata rantai yang akan menyambung perjuangan Islam seterusnya menentukan halatuju PMIUSM yang akan datang.
USM kini, terdapat ratusan persatuan/kelab yang aktif, PMIUSM perlulah menyediakan alternatif yang lebih menarik agar warga USM lebih tertarik dengan pendekatan yang kita bawa seterusnya tertarik dengan Islam itu sendiri. Jangan hanya kita pandai menghukum orang dengan mengatakan program ‘mereka’ salah, tapi dalam masa yang sama kita gagal menyediakan apakah alternatif program yang sesuai dengan ‘jiwa’ mereka.
Terkini, PMIUSM buat julung kalinya memperkenalkan program Bulan Islam & Kelestarian untuk mendedahkan konsep kelestarian yang sememangnya sudah diamalkan dalam Islam. Dalam usia 40 tahun banyak lagi yang harus dilakukan dan tanggungjawab yang digalas bukan mudah. Semua usaha ini, berteraskan kepada nilai-nilai sejagat, berjiwa kemanusiaan, mementingkan masa depan dan melihat PMIUSM sebagai alat untuk mencapai redha Allah dengan kesanggupan untuk berkorban.
Sekian,
“Kesempurnaan Islam Mewarnai Kehidupan”
BISMI RAHMAN BIN ISMAIL
Pengarah Bulan Islam & Kelestarian 2010
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Sains Malaysia

0 comments:

Post a Comment

PMiUSM kini merealisasikan BIK 2010

Zer0 WasTe

Tentang BIK

My photo
USM, Penang, Malaysia
Bulan Islam & Kelestarian (BIK)merupakan projek Major PMiUSM bagi sidang akademik 2009/10. BIK juga merupakan antara tujuh projek yang menang bagi pertandingan Projek Lestari Siswa kategori A (dalam kampus) bagi sidang 2009/10. Antara enam Projek Lestari Siswa yang lain ialah Greenlung, Culinary Garden, Cendawan Tiram, Cambodia, Kuala Gula dan Projek Anak Yatim. Program BIK bermula pada 28hb Februari hingga 20 Mac 2010 yang bertemakan Kesempurnaan Islam Mewarnai Kehidupan. Antara Program2 BIK: 28hb Feb: Openday(Route Explore & Prasmian BIK) 1-5hbMac: Pameran Islam & Kelestarian serta Jualan 6hb Mac: Smart Solat, DKG31 11hb Mac: Interfaith Dialogue, DK SK4 13hb Mac: Konsert Inspirasi Lestari Seni bersama "Amy Search & Rabbani" Padang Minden, USM 20hb Mac 8.30pg- 5.30ptg: Konvensyen BIK'10, Dewan Budaya, USM 20hb Mac 8.30mlm: Majlis Penutup BIK'10 (Teater Kelestarian & Wayang kulit) Dewan Budaya, USM 28hb Feb -20hb Mac: Kempen Zero Waste

Calender

Demi Masa

BIK Final Programme Countdown

Program UTAMA BIK 2010

Followers

Chat_BIK


ShoutMix chat widget

FEEDJIT Live Traffic Feed