zOOm @ BIK 2010

Mar
19


Assalamu’alaikum w.b.t
Terlebih dahulu, seinfiniti rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana buku ini dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Di kesempatan ini saya ucapkan terima kasih kepada pihak editor buku “Perjalanan 40 tahun PMIUSM” kerana berjaya menerbitkan buku ini. Saya percaya masih banyak lagi perkara-perkara atau fakta-fakta penting yang tidak dapat dimuatkan di sini kerana faktor kekangan masa selain penggerak yang terhad.
Sebagai persatuan yang didaftarkan sebagai persatuan keagamaan yang membawa wadah Islam di bumi USM, tidak dapat tidak kita perlu bergerak seiring dengan masa dan arus perubahan universiti itu sendiri, apatah lagi kita sebagai mahasiswa tidak terkecuali untuk menggalas amanah kearah menzahirkan USM melalui Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (Apex) sejak 3 September 2008 yang lalu.
USM Kini dengan wawasan barunya dalam usaha mentransformasikan pendidikan tinggi untuk kelestarian hari esok, berdasarkan kepada strategi ‘blue ocean’ yang mencadangkan agar melakukan apa yang tidak dibuat oleh orang lain, PMIUSM berusaha untuk berfikir di luar kotak ke arah merealisasikan matlamat PMIUSM yang ada, berteraskan ekabudaya tersendiri ke arah melahirkan ahli-ahli PMIUSM, pimpinan PMIUSM dan program-program yang dijalankan sesuai dengan keadaan semasa.
Menoleh ke belakang sejenak, wujud begitu banyak usaha yang sudah dibuat ke arah ini. Namun kita perlu sedar, apakah pendekatan dakwah yang kita guna selama ini diterima oleh masyarakat? Usah hanya berbangga dengan sejarah PMIUSM yang telah dilakar oleh generasi-generasi terdahulu, kitalah mata rantai yang akan menyambung perjuangan Islam seterusnya menentukan halatuju PMIUSM yang akan datang.
USM kini, terdapat ratusan persatuan/kelab yang aktif, PMIUSM perlulah menyediakan alternatif yang lebih menarik agar warga USM lebih tertarik dengan pendekatan yang kita bawa seterusnya tertarik dengan Islam itu sendiri. Jangan hanya kita pandai menghukum orang dengan mengatakan program ‘mereka’ salah, tapi dalam masa yang sama kita gagal menyediakan apakah alternatif program yang sesuai dengan ‘jiwa’ mereka.
Terkini, PMIUSM buat julung kalinya memperkenalkan program Bulan Islam & Kelestarian untuk mendedahkan konsep kelestarian yang sememangnya sudah diamalkan dalam Islam. Dalam usia 40 tahun banyak lagi yang harus dilakukan dan tanggungjawab yang digalas bukan mudah. Semua usaha ini, berteraskan kepada nilai-nilai sejagat, berjiwa kemanusiaan, mementingkan masa depan dan melihat PMIUSM sebagai alat untuk mencapai redha Allah dengan kesanggupan untuk berkorban.
Sekian,
“Kesempurnaan Islam Mewarnai Kehidupan”
BISMI RAHMAN BIN ISMAIL
Pengarah Bulan Islam & Kelestarian 2010
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Sains Malaysia

Mar
15

Oleh: Muhammad Hamdi bin Ismail.


Ramai yang beranggapan bahawa Islam tidak bertoleransi dengan adanya kepelbagaian agama dalam sesebuah negara. Ditambah pula dengan situasi di negara kita di mana timbul pelbagai isu yang mewujudkan ketegangan antara agama dan sikap segelintir penganut agama yang menjustifikasikan sesuatu secara emosi menyebabkan berlakunya pergaduhan dan serangan di rumah ibadat agama terbabit.

Islam menerima kepelbagaian agama yang wujud dalam dunia ini dan memberi hak kepada individu untuk memilih jalan yang difikirkannya benar. Agama bukanlah sesuatu yang memaksa seseorang membuat pilihan bertentangan dengan kehendaknya.

Dalam Surah Al –Baqarah ayat 256 , Allah berfirman :

“Tidak ada paksaan dalam agama ”

Islam juga telah menetapkan cara-cara untuk umatnya berinteraksi dengan penganut agama lain. Seperti dalam Surah Al- Isra’ ayat 125, Allah berfirman :

“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik ”

Dalam menyelesaikan permasalahan antara agama yang wujud dewasa ini, perlunya dianjurkan dialog antara tokoh- tokoh daripada setiap agama. Masalah akan dapat diselesaikan apabila pemimpin agama duduk berbincang dan saling memahami agar wujud perdamaian antara satu sama lain. Hal ini juga merupakan satu metod dakwah yang berkesan kepada yang bukan muslim. Sukar untuk bukan Islam mendengar ceramah atau kuliah mingguan di masjid. Tetapi, apabila dialog antara agama dihadiri oleh penceramah daripada pelbagai latar bangsa dan agama, maka bukan Islam lebih bersifat terbuka untuk menghadirinya dan ini merupakan satu peluang untuk kita menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

Dialog antara agama bukanlah satu medan untuk membahaskan siapa yang betul dan siapa yang salah. Bukan juga membincangkan agama siapa yang benar dan agama siapa yang korup.Ketika Allah SWT menurunkan ayat al-Quran yang memerintahkan manusia agar saling kenal mengenal perbezaan yang berlaku di antara manusia bukan sahaja meliputi perbezaan kaum, malah agama dan kepercayaan. Fenomena berbilang agama adalah seiring dengan perkembangan manusia yang berbilang bangsa itu semenjak sekian lama. Kita tidak dapat mengelak daripada berinteraksi dengan bangsa atau penganut agama lain. Kita harus menerima fakta bahawa ada pelbagai agama wujud di dunia ini dan terdapat banyak perbezaan antara satu sama lain dan kita mesti mencari jalan bagaimana untuk terus hidup secara kebersamaan dengan masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Dialog antara agama, tidak bermaksud menyamaratakan semua agama dalam konteks ini. Mana mungkin penyamarataan dibuat sedangkan sesiapa sahaja tahu bahawa asas agama malah sejarahnya begitu berbeza. Terdapat perbezaan yang jelas antara konsep akidah Islam dengan agama lain. Tidak mungkin semua agama itu sama.

Surah Al Hujurat ayat 11, Allah berfirman

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti”

Maka manusia dituntut agar belajar untuk menjadikan perbezaan itu sebagai medan kenal mengenal dan bukannya gelanggang krisis dan perbalahan. Untuk seorang manusia berkenalan dan seterusnya bekerjasama antara satu sama lain, mereka memerlukan beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama untuk menghasilkan persefahaman. Maka di sinilah, dialog antara agama mengambil tempat. Senario ini juga bertujuan untuk menerokai beberapa persamaan yang ada di antara agama dan persamaan itu banyak ditemui di peringkat etika dan nilai dalam berinteraksi dengan masyarakat. Kita tidak sedar bahawa sebenarnya, banyak persamaan yang wujud antara manusia berbilang agama cumanya kadang-kadang manusia bersikap tertutup dalam membincangkan hal agama dan menganggap ianya isu sensitif dan akan menyinggung perasaan orang lain. Akibatnya, kita saling tidak mengenali dan sering berasa curiga antara satu sama lain.

Kesimpulannya, kita sebagai penganut agama Islam, kita yakin Islam itu agama yang benar, sampaikanlah Islam kepada mereka yang masih belum menerima hidayah Allah. Untuk menyampaikan dakwah kepada mereka, salah satu caranya ialah berdialog. Namun, untuk berdialog memerlukan ilmu. Pelajarilah ilmu-ilmu berdakwah dari orang yang tahu. Janganlah kita masih bersenang-lenang dan berada dalam ‘zon selesa’ kerana situasi sekarang bukanlah mudah. Agama lain bersungguh-sungguh dalam menyampaikan agama mereka walaupun jelas kebathilan yang disampaikan. Namun, kita yang berada di pihak yang benar masih takut-takut menyampaikan keindahan Islam kepada yang bukan Islam dengan alasan takut menyinggung perasaan mereka.

Dalam Surah Al-Imran ayat 110, Allah berfirman :

Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh (berbuat ) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.

Mar
8









Persatuan Mahasiswa Islam USM & Islamic Propagation Society International(IPSI) akan menganjurkan Interfaith Dialogue (Dialog Antara Agama) pada 11 Mac 2010, 8.00pm-11.00pm di Dewan Sains Kemasyarakatan 4, USM Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Pelajar Buddhist USM, Persatuan Kebudayaan India USM, Persatuan Kristian AGAPE.


Tampil dengan menghembus angin kelainan dengan tajuk "Peace & Happiness" membongkar rahsia Keamanan dan Kebahagiaan setiap agama bagi mencetuskan suatu keharmonian dalam hidup bermasyarakat... bertepatan dengan tema, " Embrace Diversity, Discover Common Ground and Work Together for Peace" oleh 4 orang speaker yang bukan calang-calang orangnya..


Speaker Islam menampilkan:
Bro Nicholas Sylvester Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) &
Pengerusi Hidayah Centre

Speaker Christian menampilkan:
Mr Chew Phye Keat,
a lawyer in Messrs Raja,
Darryl & Loh Firm,
Petaling JayaElder of Petaling Jaya Gospel Hall,
Chairman of Fellowship of Evangelical Students (FES) Malaysia

Speaker Buddhist menampilkan:
Sister Surya a/p Dharamdass,
Mahindarama Sunday Pali School,
Penang.

Speaker Hindu menampilkan:
Swami Brahmaananda Saraswati ,
The Founder of Dhyana Ashram, Kulim Kedah.


Dimoderatorkan oleh Bro Kamaruddin Abdullah,
Presiden IPSI(Islamic Propagation Society International.
Penang Interfaith Dialogue juga.. membawa kepada anda julung-julung kalinya...
"Pameran Peace & Happiness" di Foyer Perpustakaan Hamzah Sendut 1 bermula 9.00pagi - 5 petang10 - 11 Mac 2010 Semua dijemput hadir! Masuk adalah Percuma!

Sesi soal jawab turut diadakan!

Perbahasan berlangsung dalam bahasa Inggeris!
Jom, kita sama-sama memeriahkan,


UNITY FOR PEACE ^_^

Maklumat lanjut,
hubungi:Hamdi 019 5596654
Sakinah 013 5055980

Mar
2



8.00 pagi : Kehadiran peserta dan pendaftaran

8.30 pagi : Ucapan aluan Pengerusi Majlis

8.35 pagi : Bacaan ayat al-Quran

8.40 pagi : Ucapan Pengarah Program

8.50 pagi : Ucapan Perasmian Tetamu Khas Jemputan

9.00 pagi : Sarapan pagi

9.30 pagi : Pembentangan kertas kerja 1:PENGHAYATAN AQIDAH ISLAM DALAM MELESTARIKAN PEMIKIRAN MANUSIA Pembentang: Dr. Mohd Nizam Sahad (Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM)

11.00 pagi : Rehat

11.15 pagi : Pembentangan kertas kerja 2:DINAR EMAS ISLAM MENJANA KELESTARIAN EKONOMI DUNIA Pembentang: Dr. Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar (Peguambela & Peguamcara)

12.45 tengah hari : Makan tengah hari dan Solat Zohor

2.00 petang : Pembentangan kertas kerja 3:KELESTARIAN PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM Pembentang: En. Mohd Nizam Mahshar (Sahabat Alam Malaysia)
3.30 petang : Rehat

3.45 petang : Forum Penghayatan Islam dan Kelestarian:PEMBANGUNAN ISLAM UNTUK KELESTARIAN HARI ESOK Moderator:Ustaz Mohd Zamrus Hj. Mohd Ali (Penolong Pengarah Pusat Islam, USM) Ahli-ahli panel: 1. Dr. Mohd Farid bin Mohd Sharif (Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM) 2. Dr. Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar (Peguambela & Peguamcara) 3. Prof. Madya Dr. Muhammad Azizan bin Sabjan (Pensyarah Bahagian Falsafah & Tamadun, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM)

5.15 petang : Minum petang dan bersurai

Mar
2







Mar
2



8.30 pg: Ketibaan tetamu dan para jemputan,

Pendaftaran peserta

9.00 pg: Ucapan aluan pengerusi majlis

9.15 pg: Bacaan tilawah Al-quran oleh Ustaz Latif

Ucapan Pengarah Projek

9.30pg: Ceramah 1: Menyukat Solat Diri

Tn Hj Rosdi bin Baharom.

11.00 pg: Persembahan Multimedia

11.10pg: Ceramah 2: Kenapa Mesti Solat?

En. Azmi bin Bahari

12.40 tghari: Persembahan Multimedia

1.00 tghari: Makan tengah hari & solat zohor

2.00 ptg: Ceramah 3: Membongkar Fakta Saintifik Di Sebalik Solat.

Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas (UM)

3.30 ptg: Persembahan Multimedia

3.40 ptg: Ceramah 4: Bisnes Takkan Rugi

Profesor Madya Dr Tuan Hj Hasyim Mat

5.00 ptg: Penutup & Bersurai

PMiUSM kini merealisasikan BIK 2010

Zer0 WasTe

Tentang BIK

My photo
USM, Penang, Malaysia
Bulan Islam & Kelestarian (BIK)merupakan projek Major PMiUSM bagi sidang akademik 2009/10. BIK juga merupakan antara tujuh projek yang menang bagi pertandingan Projek Lestari Siswa kategori A (dalam kampus) bagi sidang 2009/10. Antara enam Projek Lestari Siswa yang lain ialah Greenlung, Culinary Garden, Cendawan Tiram, Cambodia, Kuala Gula dan Projek Anak Yatim. Program BIK bermula pada 28hb Februari hingga 20 Mac 2010 yang bertemakan Kesempurnaan Islam Mewarnai Kehidupan. Antara Program2 BIK: 28hb Feb: Openday(Route Explore & Prasmian BIK) 1-5hbMac: Pameran Islam & Kelestarian serta Jualan 6hb Mac: Smart Solat, DKG31 11hb Mac: Interfaith Dialogue, DK SK4 13hb Mac: Konsert Inspirasi Lestari Seni bersama "Amy Search & Rabbani" Padang Minden, USM 20hb Mac 8.30pg- 5.30ptg: Konvensyen BIK'10, Dewan Budaya, USM 20hb Mac 8.30mlm: Majlis Penutup BIK'10 (Teater Kelestarian & Wayang kulit) Dewan Budaya, USM 28hb Feb -20hb Mac: Kempen Zero Waste

Calender

Demi Masa

BIK Final Programme Countdown

Program UTAMA BIK 2010

Followers

Chat_BIK


ShoutMix chat widget

FEEDJIT Live Traffic Feed