
zOOm @ BIK 2010
Ya Allah
Ku sedari hakikat hidup yang sukar untuk ku mengerti
Diberi hidayah kepada sesiapa yang Kau kehendaki
Bak menyuluh dunia yang fana ini
Dalam meniti ke perkampungan abadi
Hidup dan mati dalam mahabbatullah yang hakiki
Ya Allah
Kekalkanlah aku dalam taubatku
Seperti yang pernah ku lafazkan pada-Mu dulu
Agar terasa indahnya iman di kalbu
Tiada yang lebih benar janjinya melainkan Kau Yang Satu
Kerana cinta-Mu tak pernah palsu
Ya Allah
Andai tiba masa dan ketikanya nanti
Mampukah Wafiyatu Warda aku miliki?
Permudahkanlah jodoh kami andai Engkau meredhai
Jauhkanlah andai ia tak bisa terjadi
Kerana Engkau jualah yang lebih mengetahui
Ya Allah
Ketenangan di hati memang sedang ku rasai
Terasa indah hari-hari yang ku lalui
Menggapai maghfirah dan mardhatillah Ilahi
Inilah kebahagiaan yang ku cari selama ini
Kelestarian cintaku bersujud lagi

Daftarkan nama anda di kaunter pendaftaran & hebahan BIK dari 8-10 Februari ini. Tempat adalah terhad!!